fbpx

Dipukul objek tumpul punca kematian lelaki ditemui dalam guni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi penemuan mayat mangsa yang diaumbat ke dalam guni sebelum dibuang di tapak besi buruk Taman Bukit Serdang, Serdang.

SERDANG – Polis mengesahkan punca kerani kewangan yang disumbat ke dalam beg guni disebabkan oleh kesan pukulan objek tumpul di seluruh tubuh badan mangsa.

Mayat mangsa yang dipukul dengan objek tumpul itu telah dibuang di tapak besi buruk Taman Bukit Serdang, di sini, kelmarin

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, proses bedah siasat dijalankan pada pukul 10 pagi hingga 6 petang, semalam.

“Bedah siasat dijalankan oleh Doktor Pakar Bedah Forensik di Jabatan Forensik Hospital Serdang.

“Punca kematian mangsa adalah disebabkan Multiple Blunt Force Trauma pada seluruh tubuh badan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang lelaki warga India panik selepas menjumpai mayat seorang lelaki diletakkan dalam guni di tapak besi buruk Taman Bukit Serdang, di sini, tengah hari kelmarin.

Mayat yang dijumpai disyaki dibunuh dan dimasukkan ke dalam sekarung guni plastik (beg jumbo) berwarna putih di tapak stor penyimpanan besi buruk berkenaan.

Ekoran kejadian itu, seramai 13 individu termasuk tiga wanita ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat seorang lelaki dibunuh berkenaan.

Siasatan awal mendapati motif kejadian adalah berpunca dari masalah kewangan yang dikatakan diambil oleh mangsa yang bekerja sebagai kerani kewangan di syarikatnya.

Suspek yang menyedari kehilangan wang melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit itu kemudiannya membawa si mati dan disimpan ditempat kejadian beberapa hari sebelum dibunuh.

Kesemua suspek berusia 20 hingga 58 tahun ditahan semalam di sekitar Lembah Klang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI