fbpx

Malaysia terbit al-Quran terjemahan bahasa Sweden lawan Islamophobia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PETALING JAYA – Malaysia menzahirkan komitmen untuk menyumbang satu juta naskhah al-Quran di seluruh dunia termasuk 15,000 naskhah dengan terjemahan dalam bahasa Sweden.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu sebagai salah satu usaha untuk menangani kedangkalan pemahaman Barat terhadap Islam.

“Saya menyatakan pendirian tegas Kerajaan Perpaduan menolak sebarang unsur keganasan serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam keganasan di negara ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata, beliau memaklumkan perkara itu kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam satu pertemuan secara maya yang turut disertai Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Kadir malam tadi.

Menurutnya, Erdogan dimaklumkan mengenai usaha Malaysia menentang Islamophobia (permusuhan dan benci ke atas islam) iaitu tindakan membakar al-Quran di Sweden.

“Saya mengecam sekerasnya tindakan tersebut yang berlindung di sebalik hak kebebasan bersuara yang diagungkan oleh Barat.

“Saya juga menyatakan pendirian tegas Kerajaan Perpaduan menolak sebarang unsur keganasan serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam keganasan di negara ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI