fbpx

PRN: Pulau Pinang akan terus maju di bawah pentadbiran PN-BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menghadiri Jelajah Perpaduan Madani Pulau Pinang di Persiaran Karpal Singh malam tadi.

PETALING JAYA – Kehidupan rakyat dan ekonomi Pulau Pinang akan terus meningkat jika mandat diberikan kepada gabungan perpaduan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sepanjang pentadbiran, kerajaan Pulau Pinang telah membuktikan bahawa mereka mampu laksanakan amanah dengan berkesan menerusi pelbagai inisiatif dan bantuan kepada rakyat.

“Saya tegaskan bahawa pentingnya untuk rakyat di Pulau Pinang mengekalkan gabungan perpaduan PH-BN di negeri ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sehingga hari ini pembangkang belum mampu menyaingi kita dalam soal pentadbiran, tatakelola yang baik dan kerancakan program-program rakyat.

Tambah beliau, ‘track record’ dan prestasi kerajaan Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan telah terbukti dan jauh ke depan mengangkat darjat martabat rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI