fbpx

Luahan: Dilema pengundi, nak balik gaji belum masuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI perantau berkira-kira untuk pulang mengundi kerana tarikhnya pada pertengahan bulan yang menjejaskan duit belanja mereka. – GAMBAR HIASAN

Saudara Pengarang,

BERBAKI beberapa hari lagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, hati saya kini berbelah bahagi, bukan kerana sukar untuk memilih calon atau parti yang disukai.

Ia lebih kepada mahu pulang mengundi atau tidak kerana tarikh mengundi jatuh pada 12 Ogos, pada pertengahan bulan.

Banyak perkara sedang bermain di fikiran termasuk kos untuk pulang ke kampung, fikirkan kesesakan yang bakal ditempuhi nanti memandangkan ia hanya cuti mingguan.

Tentu kesesakan teruk dialami terutamanya untuk pulang ke Kelantan.

Perbelanjaan pula akan bertambah sekiranya pulang dalam keadaan sedemikian.

Bukan apa, ketika ini banyak perkara perlu dibuat kira-kira terlebih dahulu, terutamanya melibatkan duit gaji khususnya bagi kami pekerja swasta.

Mengundi bukan tidak penting, tetapi perbelanjaan isi rumah lagi penting buat masa ini.

Dikhabarkan juga ramai rakan-rakan di perantauan turut mengalami dilema yang sama.

Walaupun disediakan bas untuk perantau, tetapi bagi kami yang berkeluarga agak susah untuk menggunakan kemudahan tersebut.

Apapun, selamat mengundi kepada yang pulang menunaikan tanggungjawab. Pilihlah calon yang boleh membantu kita, bukan calon yang muncul setiap lima tahun sekali.

Pok Bey,
Cheras, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI