fbpx

10 cedera gempa bumi 5.4 skala Richter landa timur China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan di media sosial menunjukkan kesan gempa tersebut. – Twitter

BEIJING – Satu gempa bumi cetek berukuran 5.4 pada skala Richter menggegarkan timur China awal pagi ini, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), dengan media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 10 orang cedera dan berpuluh-puluh bangunan runtuh.

Beberapa video dikongsikan di media sosial menunjukkan lampu bergoyang, tanah bergegar dan orang ramai berlari keluar dari bangunan.

“Gempa yang berlaku pada pukul 2.33 pagi (waktu tempatan) itu melanda 26 kilometer di selatan bandar Dezhou, dalam wilayah Shandong pada kedalaman 10 kilometer,” kata USGS.

Badan penyiaran China, CCTV berkata, sekurang-kurangnya 10 orang cedera dan 74 rumah atau bangunan runtuh akibat gempa bumi tersebut, yang disusuli dengan 52 gempa susulan.

Gegaran turut dirasai sehingga ke Beijing, Tianjin dan Shanghai, yang terletak kira-kira 800 kilometer dari pusat gempa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI