fbpx

Lelaki maut kena serangan jantung ketika memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta lelaki yang maut akibat serangan jantung sebelum terbabas melanggar tembok kuil di Kampung Lambak, Tanjung Malim hari ini.-IHSAN PDRM

TANJUNG MALIM – Seorang lelaki maut akibat serangan jantung sebelum kereta dipandunya terbabas merempuh tembok sebuah kuil di Jalan Kampung Lambak di sini hari ini.

Kejadian itu menyebabkan mangsa, Lok Ming Choy, 55, yang memandu kereta jenis Toyota Camry meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, kejadian sekitar pukul 8.40 pagi itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Kampung Lambak menghala ke Pekan Tanjung Malim.

Katanya, semasa tiba di lokasi kejadian, kenderaan dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kanan dan merempuh tembok kuil.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian lelaki itu akibat serangan jantung. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI