fbpx

Solat Jumaat, fardhu di Johor kekal kapasiti 1/3 sepanjang PKPB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardhu berjemaah lima waktu di semua masjid dan surau negeri ini dibenarkan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditetapkan bermula esok hingga 6 Disember.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, peraturan itu turut terpakai di kesemua zon yang diklasifikasi sama ada merah, kuning atau hijau.

Menurut beliau, solat Jumaat dan solat fardhu berjemaah lima waktu di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bagaimanapun adalah tidak dibenarkan.

“Kebenaran untuk menunaikan solat di masjid dan surau negeri ini sepanjang tempoh PKPB adalah terhad kepada 1/3 kapasiti masjid dan surau sedia ada.

“Ini bermakna, prosedur operasi standard (SOP) berkenaan seperti penjarakan fizikal sedia ada ketika ini akan diteruskan bagi terus menghidupkan syiar Islam di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan di Pusat Islam Iskandar, di sini hari ini.

Turut hadir, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Noh Gadut.

Kerajaan baru-baru ini memaklumkan penguatkuasaan PKPB dilaksana di semua negeri semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan bermula 9 November hingga 6 Disember ini dalam usaha mengekang penularan pandemik Covid-19.

Tosrin turut memberitahu, urusan berkaitan nikah, cerai dan rujuk turut dibenarkan namun hendaklah dilaksana di Pejabat Kadi Daerah sahaja sepanjang tempoh PKPB.

“Kursus pra-perkahwinan di negeri ini hendaklah dibuat secara atas talian sahaja dan kursus secara bersemuka adalah ditangguhkan,” ujarnya.

Sementara itu, Tosrin turut memberitahu pengurusan dan pengkebumian jenazah serta ziarah tanah perkuburan turut dibenarkan namun tertakluk kepada SOP ditetapkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI