fbpx

Foto seluar dalam disidai di sisi bendera kebangsaan rupanya gambar lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar beberapa helai seluar dalam disidai di tepi bendera kebangsaan sebenarnya adalah foto lama yang dirakamkan di negara itu pada 2015. - Foto Facebook/Complaint Singapore

SINGAPURA – Gambar yang menunjukkan beberapa helai seluar dalam disidai di sisi bendera Singapura menjelang sambutan Hari Kebangsaannya Rabu ini rupa-rupanya adalah foto lama, lapor portal berita MSNews semalam.

Dalam gambar itu, beberapa helai seluar dalam disidai di tepi bendera Singapura di tingkat atas flat Lembaga Pembangunan Perumahan Awam di pulau itu.

Ia disidai pada tali atau dawai yang direntang di sisi bendera tersebut.

Pada mulanya, sejumlah netizen berasa marah dengan perbuatan menyidai seluar dalam dekat bendera kebangsaan dengan ada yang menulis meminta denda berat dikenakan terhadap pelakunya.

Bagaimanapun, selepas MSNews melakukan siasatan, ia mendapati foto itu telah dirakamkan pada 2015.

Berdasarkan Akta Simbol Negara baharu, pihak berkuasa boleh mengenakan denda maksimum S$30,000 (RM102,046) dan penjara enam bulan jika mengaibkan bendera Singapura. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI