KURANG dua minggu ditayangkan, filem Sumpahan Jerunei mendapat pelbagai komen daripada para penonton.
Ada yang kata kualiti filem itu teruk tetapi terdapat juga memuji jalan cerita kerana mengangkat sejarah yang tidak pernah diceritakan kepada masyarakat.
Namun, bagi Uqasha Senrose yang merupakan salah seorang pelakon utama, dia menerima semua kritikan orang ramai dengan berlapang dada.
“Sejujurnya tidak terasa dengan komen negatif daripada para penonton dan bagi saya itu kritikan untuk bahagian teknikal.
“Kalau orang tak kritik, kita tidak akan tahu kelemahan atau tambah baik yang boleh dilakukan,” katanya dalam siaran langsung dengan seorang penonton filem tersebut.
Bagus cara Uqasha terima kritikan. Tidak melenting atau mengamuk dalam media sosial apatah lagi hendak saman orang kerana beri komen negatif.
Untuk penerbit pula, sila bertenang dan ambil semua kritikan untuk hasilkan filem yang lebih hebat dan berkualiti untuk masa akan datang.