fbpx

13 ditahan terbabit kes bunuh lelaki ditemui dalam guni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa difahamkan dibiarkan beberapa hari di tempat kejadian sebelum dibunuh. Foto ihsan: PDRM

SERDANG -Seramai 13 individu termasuk tiga wanita ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh di tapak besi buruk Taman Bukit Serdang, di sini, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, kesemua suspek ditahan semalam di sekitar Lembah Klang.

Namun begitu, tiga wanita yang merupakan ahli keluarga majikan iaitu suspek utama dibebaskan hari ini setelah keterangan dirakam.

“Kesemua baki 10 suspek merupakan ahli keluarga majikan (suspek utama) dan rakan simati (pekerja majikan) yang berusia 20 hingga 58 tahun.

“Siasatan awal mendapati motif kejadian adalah berpunca dari masalah kewangan yang dikatakan diambil oleh mangsa yang bekerja sebagai kerani kewangan di syarikatnya.

“Suspek yang menyedari kehilangan wang melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit itu kemudiannya membawa si mati dan disimpan ditempat kejadian beberapa hari sebelum dibunuh,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, siasatan kes bunuh berkenaan masih diteruskan manakala hasil bedah siasat belum diterima.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang lelaki warga India panik selepas menjumpai mayat seorang lelaki diletakkan dalam guni.

Mayat yang dijumpai disyaki dibunuh dan dimasukkan ke dalam sekarung guni plastik (beg jumbo) berwarna putih di tapak stor penyimpanan besi buruk berkenaan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI