fbpx

Saya takkan beransur, akan noktahkan kemiskinan tahun ini – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) ketika hadir ke Program Himpunan Usahawan Bumiputera Pulau Pinang 2023 di Bertam Resort, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau enggan mengepalai sebuah negara yang rakyat miskinnya sering ditindas manakala mereka yang kaya pula menjadi bertambah kaya.

Justeru, katanya, Malaysia harus ‘diselamatkan’ daripada kerenah pemimpin yang suka ‘menyakau’ wang negara seperti yang berlaku dalam pentadbiran negara sebelum ini.

“Siapa kata Malaysia ini tidak kaya? Hasil minyak dan gas, hasil kelapa sawit, hasil bumi dan sebagainya.

“Tapi kalau amalan ini (sakau) menjadi sistemik.. ‘you know’ (kamu tahu) sistemik? Sistemik ini menjalar dari atas sampai ke bawah. Dari atas pejabat PM (Perdana Menteri), Menteri Kewangan.. komisyen, komisyen, komisyen.

“Masa jadi Menteri Kewangan pun dia sakau, harta merata dunia, bank merata dunia.. tapi kalau orang kampung curi moto ditangkap, masuk lokap. Ini bukan negara yang saya mahu pimpin,” katanya ketika berucap sempena program Himpunan Usahawan Bumiputera (HUB) Pulau Pinang di Bertam Resort, Kepala Batas, hari ini.

Tambah Anwar, beliau juga enggan ‘bersenang-lenang’ memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ketika masih ramai rakyat di bawahnya ‘bergelut’ untuk meneruskan kehidupan masing-masing.

“Jadi, saya kata, katalah apapun, makilah banyak mana berbakul pun. Saya takkan beransur. Saya akan noktahkan kemiskinan (tegar) tahun ini juga,” katanya yang turut memuji Pulau Pinang sebagai negeri yang mempunyai rekod jumlah kemiskinan terendah dalam negara ketika ini.

Dalam perkembangan lain, HUB yang disempurnakan pelancarannya oleh beliau hari ini mendedahkan usahawan tempatan kepada peluang perniagaan serta manfaat secara terus dengan pengenalan produk serta perkhidmatan terkini.

Dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), program tersebut turut menghimpunkan sehingga hampir 1,000 usahawan di seluruh Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI