fbpx

[VIDEO] Wanita mengamuk hempas telefon bimbit pelajar UTAR Sungai Long

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar wanita terbabit menghempas telefon bimbit milik salah seorang pelajar.

PETALING JAYA – Sekumpulan pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Sungai Long di Cheras terpinga-pinga selepas seorang wanita ‘naik hantu’ dan menghempas telefon bimbit dipercayai milik salah seorang daripada mereka.

Menerusi satu hantaran video di Twitter, wanita itu secara tiba-tiba mendekati pelajar yang sedang melakukan tugasan temu bual lalu meminta ingin meminjam telefon bimbit untuk menelefon anak perempuannya.

“Boleh saya nak pinjam telefon bimbit, saya mahu hubungi anak perempuan saya,” tanya wanita itu.

“Ini milik kawan saya. Telefon saya sedang digunakan,” balas pelajar terbabit sebelum wanita itu merampas telefon yang berada di tangannya.

Difahamkan, tayar kereta wanita itu juga dikunci oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).

Menjengah ruangan komen di TikTok, wanita berkenaan dipercayai menampar pelajar yang juga pemilik telefon bimbit yang dihempas beberapa kali olehnya.

“Dia juga menampar pemilik telefon bimbit itu di hadapan polis. Harap dikenakan tindakan,” komen Johny Lee.

“Mungkin anak perempuan dia belajar di sana. Macam mana anak dia akan berdepan dengan kawan-kawan nanti?,” tanya Winson.

“Saya lihat dalam video TikTok lain, dia juga tampar seorang wanita di restoran pada hari sama,” tulis ftco. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI