fbpx

Ibu pening, anak meragam nak makan masakan kantin sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar murid lelaki yang kecewa tidak dapat membeli makanan kegemarannya di kantin sekolah.

PETALING JAYA – Seorang murid lelaki kecewa gara-gara tidak dapat membeli makanan kegemarannya di kantin sekolah.

Perkara itu dikongsi Siti Rodia di TikTok miliknya, berkata anak lelakinya itu memang gemar dengan makanan di kantin sekolah sehingga sanggup datang selepas waktu persekolahan tamat.

“Dah pukul 4 dah pun Yad, mak cik kantin pun nak rehat juga. Dia suka sangat makanan kantin. Pening ibu, habis kecoh satu kantin dibuatnya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam satu hantaran berbeza, Siti Rodia berkongsi anaknya gembira menikmati makanan yang dibeli di kantin sekolah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur dengan gelagat murid itu serta ada yang memuji makanan kantin sekolah yang sememangnya mampu buat murid teringat-ingat.

“Banyak-banyak kedai, kat kantin juga Yad nak makan ya,” tulis Yusmawati.

“Suka betul ya dia dengan makanan kantin, kena bungkus siap-siap nanti,” komen Amy Azura.

“Mesti sedap, itu yang dia tak nak makan di tempat lain. Ada rasa yang khas ya dik, memang makanan kantin itu rasanya berbeza. Sampai ke tua saya ingat rasa masakan kantin sekolah,” kata Vivian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI