fbpx

Final MPFL: Pahang Rangers tekad ‘kejutkan’ JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pahang Rangers bergelar naib juara MPFL pada edisi 2019 dan 2022 sebelum ini. - Foto ihsan Pahang Rangers

KUANTAN – Pasukan Pahang Rangers enggan pisang berbuah dua kali menjelang aksi final pertama Liga Premier Futsal Kebangsaan (MPFL) menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sukpa malam ini.

Tonggak pasukan Pahang Rangers, Mohamad Sufri Shamil mengakui pengalaman bergelar naib juara pada edisi 2019 dan 2022 akan digunakan sebaiknya dalam usaha pasukan muncul juara.

“Saya dan rakan sepasukan bertekad memberi prestasi terbaik untuk kami bergelar juara selepas dua musim hanya bergelar naib juara.

“Kali ini saya mahu naik podium meraih gelaran juara buat kali kedua dan perlawanan esok adalah landasan terbaik untuk mencapai hasrat itu,” katanya.

Skuad JDT sebelum ini berjaya menumpaskan Selangor TOT United dengan agregat 15-8 walaupun kali pertama tampil beraksi di MPFL.

Rekod jaringan JDT itu sudah pasti mengundang rasa gerun pemain tuan rumah yang hanya menang tipis dengan Selangor MAC.

Bagaimanapun, Mohamad Sufri yakin kehadiran penyokong sudah pasti dapat menyuntik semangat mereka untuk membawa bekalan selesa pada pusingan ke dua di Stadium Pasir Gudang 14 Ogos nanti.

“Beraksi di Sukpa memang sangat mengujakan dengan kehadiran penyokong yang begitu ramai sekaligus menaikkan semangat kami membalas kepercayaan mereka,” kata Sufri lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI