fbpx

Agong, Permaisuri berkenan lawat Pusat Inkubator Kraf Temerloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah (kiri) dan Tunku Azizah memberi sentuhan kreatif kepada produk kraf kayu.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke Pusat Inkubator Kraf Temerloh, Pahang.

Turut sama berangkat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pada lawatan itu, Seri Paduka Baginda berdua berpeluang menyaksikan kerja-kerja penghasilan kraf kayu dan kain batik yang dihasilkan di pusat inkubator kraf berkenaan.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berpeluang memberi sentuhan kreatif kepada produk kraf kayu yang sedang dalam proses penghasilan.

Pusat Inkubator Kraf Temerloh berperanan mengendalikan aktiviti skim inkubator pengeluaran kraf dan membantu pelaksanaan aktiviti-aktiviti pembangunan usahawan.

Selain itu, pusat tersebut menjalankan penyelidikan dan pembangunan kraf.

Pusat Inkubator Kraf Temerloh juga bersedia menerima tempahan produk kraf kayu daripada pelanggan yang berminat terhadap rekaan hasil seni tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI