fbpx

Briget Pertama Infantri Malaysia tempat lahir perajurit, sambut Jubli Intan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada Majlis Pelancaran Gotong-Royong Madani Peringkat Negeri Sembilan serta Sambutan Jubli Intan Hari Ulang Tahun Briget Pertama Infantri Malaysia di SK Sri Rusa, Port Dickson hari ini.

PORT DICKSON – Briget Pertama Infantri Malaysia yang menjadi tempat lahirnya perajurit di negara ini memulakan Sambutan Jubli Intan Hari Ulang Tahun pasukan itu dengan pengisian penuh makna.

Panglima Briget Pertama Infantri Malaysia, Brig Jen Mohamad Noorlizam Shamsuddin berkata, sambutan berkenaan cukup istimewa kerana kebanyakkan panglima lahir daripada pasukan berkenaan.

Menurutnya, sambutan berkenaan dimulakan dengan program gotong-royong Madani membabitkan kerjasama Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pendidikan (KPM).

“Sempena program itu juga, kita telah mengadakan aktiviti jiwa murni kempen kesihatan dan pemeriksaan pergigian percuma. Apa yang menariknya melalui program ini juga kita telah berjaya menarik penyertaan guru dalam askar wataniah melalui pameran ketenteraan yang diadakan.

“Kita galakkan lebih ramai rakyat, guru baik berbangsa India mahupun Cina menyertai askar wataniah,” katanya sempena Majlis Pelancaran Gotong-Royong Madani Peringkat Negeri Sembilan serta Sambutan Jubli Intan Hari Ulang Tahun Briget Pertama Infantri Malaysia, di Sekolah Kebangsaan Sri Rusa, di sini, hari ini.

Mohamad Noorlizam berkata, di negeri ini, Rejimen 508 Askar Wataniah di Kem Rasah mencacatkan sebanyak 130 pegawai serta 2,000 anggota dan daripada jumlah tersebut, seramai 46 pegawai serta 200 anggota lain-lain pangkat aktif dalam aktiviti yang diadakan.

“Pecahan 20 peratus membabitkan lain-lain bangsa dan majoritinya Melayu,” katanya.

Dalam pada itu, Noorlizam berkata, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) diketuai Pengarah JPNS, Dr. Roslan Hussin akan melaksanakan pameran ketenteraan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) aliran Cina dan India bagi menarik minat bukan Melayu menyertai pasukan tentera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI