fbpx

Orang awam jumpa mayat dalam guni di Serdang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki ditemui orang awam di tapak besi buruk Taman Bukit Serdang, tengah hari tadi.

SERDANG – Seorang lelaki warga India panik selepas menjumpai mayat seorang lelaki diletakkan dalam guni di tapak besi buruk Taman Bukit Serdang, di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A. Anbalagan berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian daripada seorang pengadu iaitu petugas kaunter aduan Balai Polis Seri Kembangan kira-kira pukul 1.57 tengah hari.

Jelasnya, satu laporan telah dibuat oleh orang awam berhubung penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan terbaring dan disyaki telah meninggal dunia di kawasan terbabit.

“Kita masih belum dapat mengenal pasti identiti sebenar si mati.

“Mayat yang dijumpai disyaki dibunuh dan dimasukkan ke dalam sekarung guni plastik (beg jumbo) berwarna putih di tapak stor penyimpanan besi buruk berkenaan.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Serdang dan bedah siasat akan dijalankan pada esok bagi mengetahui punca kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, siasatan kes diteruskan untuk mengesan dan menangkap kesemua suspek terlibat yang dipercayai masih bebas.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI