fbpx

11 pintu rumah panjang musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran yang meranapkan Rh. Chaong di Tubau, Jalan Bintulu-Bukun di Bintulu hari ini.

BINTULU – Penduduk Rh. Chaong di Tubau, Jalan Bintulu – Bakun di sini tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang mereka musnah akibat kebakaran pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi dan segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi mendapat rumah panjang itu telah terbakar 100 peratus.

“Pasukan bomba membuat kerja-kerja pemadaman dengan menggunakan satu nozel salur bantu mula sehingga api padam sepenuhnya,” katanya.

Tambahnya, kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kehilangan nyawa dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada pukul 11 pagi.

Katanya, punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI