fbpx

PRN: Resort, inap desa penuh hingga 12 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja di Pawana Jerai Resort, Ruat, Yan membersihkan kawasan sekitar resort yang ditempah sempena PRN negeri.

YAN – Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada 12 Ogos ini memberi limpahan rezeki kepada pengusaha inap desa, resort dan bilik sewa di daerah ini apabila premis masing-masing penuh ditempah pengundi termasuk jentera parti.

Pengusaha Pawana Jerai Resort, Yani Yunus, 49, berkata, penginapan dua villa dan tiga bilik yang diusahakannya di tepi pantai Ruat, di sini telah ditempah sejak hari penamaan calon pada 29 Julai lalu.

“Kebiasaannya penginapan di resort ini hanya penuh ketika musim cuti sekolah atau perayaan. Kali ini tempahan pelanggan turut membabitkan tapak perkhemahan di sini yang ditempah khusus oleh orang ramai yang ingin turut memeriahkan PRN di Kedah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Yani, rata-rata pelanggan memilih beberapa chalet, resort dan inap desa di kawasan ini memandangkan pekan Gurun, Guar Chempedak dan Yan kekurangan hotel atau rumah tumpangan.

“Kawasan ini menjadi pilihan kerana calon yang bertanding bagi kerusi DUN Gurun, Baddrol Bakhtiar. Jadi penyokongnya datang dari luar negeri ini dan memilih Yan untuk menginap selain terpikat dengan suasana keindahan di daerah ini,” ujarnya.

Pekerja di Pawana Jerai Resort, Ruat, Yan membersihkan kawasan sekitar resort yang ditempah sempena PRN negeri.

Bagi pemilik inap desa, Mohamad Arifuddin Rozali, 34, berkata, PRN ini membolehkan dia dan keluarganya menjana pendapatan dengan menyewa dua buah rumah miliknya di Kampung Sungai Badak, Gurun sejak hari penamaan calon.

“Pelanggan yang menyewa inap desa kami sehingga hari pengundian ialah pembantu dan penyokong beberapa calon PN dari Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak,” katanya.

Sementara itu, seorang pengusaha inap desa di Kampung Raga, Yassin Salleh, 49, berkata, hampir keseluruhan inap desa di kampung ini telah penuh ditempah bermula 10 Ogos hingga 13 Ogos nanti membabitkan pelanggan yang berkeluarga dari luar Kedah.

“Di samping hadir untuk memeriahkan PRN di negeri ini mereka mengambil peluang untuk membawa keluarga beriadah berikutan lokasi inap desa kami terletak di kaki Gunung Jerai yang dikenali dengan kecantikan alam semula jadinya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI