fbpx

Amaran cuaca buruk di 10 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di 10 negeri pada malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran tersebut dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku sehingga pukul 9 malam ini di seluruh negeri Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur, serta beberapa daerah di Kedah, Kelantan, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak.

“Selain itu, amaran ribut petir juga dikeluarkan untuk daerah Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, amaran sama juga dikeluarkan melibatkan beberapa daerah di Terengganu iaitu di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.

“Sementara di Pahang pula, cuaca buruk boleh berlaku di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin.

“Keadaan sama juga diramal melanda Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat, Selangor manakala di Negeri Sembilan pula melibatkan daerah Jelebu dan Jempol,” jelasnya.

Tambah kenyataan itu, hujan lebat berserta ribut petir juga dikatakan bakal melanda daerah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

“Di Kedah pula, amaran sama dikeluarkan bagi daerah Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.

“Sementara di Sabah, Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas),” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI