fbpx

Serah kertas siasatan Young Syefura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Kamarul Azran.

SEPANG – Kertas siasatan berhubung kes Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diserahkan kepada Jabatan Bantuan Guaman Negeri Selangor hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, ADUN Pahang itu sudah dipanggil dan keterangannya direkodkan Selasa lalu.

Katanya, berdasarkan kepada gambar tular itu, terdapat antara lima hingga enam individu yang menjadi saksi dan mengambil gambar berkenaan.

“Kita serahkan kepada Pengarah Pendakwaan dan sekiranya diarah meneruskan siasatan lanjut kita akan siasat,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, pihaknya menunggu arahan seterusnya sama ada ADUN berkenaan akan dikenakan tindakan undang-undang atau sebaliknya.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Kosmo! Online Selasa lalu melaporkan polis sedia menyiasat tindakan ADUN Ketari itu yang dipercayai tidak mengikut prosedur operasi SOP PKPB selepas gambarnya berkelah tular baru-baru ini.

Pada hari sama, wakil rakyat DAP itu kemudian hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang bersama lima rakannya pada pukul 9.15 malam dipercayai untuk memberi keterangan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI