fbpx

Aura BN berjaya ‘takluk’ kawasan hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHDZIR menyantuni Masyarakat Siam di Kampung Chang Deng di Naka, Kuala Nerang semalam.

KUALA NERANG – Barisan Nasional (BN) semakin mendapat momentum sokongan di negeri ini dengan beberapa kawasan yang sebelum ini ‘hitam’ dan sukar dimasuki telah berjaya ditembusi.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau merasakan terdapat ‘aura’ untuk rakyat negeri ini kembali kepada BN walaupun Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sering bercakap mengenai gelombang yang ­menyebelahi Perikatan Nasional.

“Di 15 kerusi BN bertanding, momentum sokongan itu nampak meningkat, seolah-olah terdapat aura untuk orang datang balik kepada BN?

“Kita tahu Muhammad Sanusi mengharapkan gelombang ­seperti yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada November lalu, tetapi di sebalik semua itu, kita nampak ada momentum pula kepada sebelah sini (BN),” katanya ketika berkempen sebagai calon BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu, dekat sini semalam.

Menurutnya, keadaan itu berlaku disebabkan kepimpinan BN dan penyokong bekerja mendekati rakyat di bawah.

“Di Kedah kami menganggap diri sendiri sebagai underdog kerana menentang pihak yang sebelum ini menjadi
kerajaan negeri,” ujarnya.

Mahdzir berkata, beliau yakin dengan kebijaksanaan rakyat untuk memilih calon yang boleh bekerja berbanding golongan yang hanya bersifat populis.

“Rekod perkhidmatan sudah tentu diambil kira dan kalau undi dibuat atas dasar populis, belum tentu kita boleh capai perkara yang rakyat mahukan,” katanya.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata, kalangan jentera dan penyokong BN tidak seharus terikut-ikut rentak dimainkan pihak lawan yang menggunakan kata-kata kasar dalam ceramah mahu pun kempen dilakukan.

“Tak payah gunakan bahasa kasar atau nak lawan semula kata-kata mereka. Sebagai contoh Muhammad Sanusi ketika berucap sebelum ini menggunakan perkataan ‘aku sepak satgi’ yang ditujukan kepada saya.

“Itu terpulanglah kepadanya. tetapi budaya kita bukan macam itu. Tak payahlah nak jawab balik sebaliknya kita fokus kepada pengundi dan kita yakin rakyat Kedah bijak membuat pilihan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI