fbpx

Dua kerusi ‘kelabu’ buat PH di Negeri Sembilan kini beralih ‘putih’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin bersalaman dengan jemaah selepas beliau menunaikan solat Jumaat di Masjid Kariah Taman Paroi Jaya, Seremban hari ini. - Foto oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI / KOSMO!

SEREMBAN – Sebanyak dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini yang ditandingi oleh Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini dikategorikan sebagai kerusi kelabu (dijangka sukar) kini dilihat sudah beralih kepada kerusi putih (berpeluang cerah menang).

Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, dapatan isu selepas seminggu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 berlangsung dan ia menunjukkan sokongan yang diterima parti itu di peringkat akar umbi makin kukuh.

“Ada satu dua kawasan yang kami tahu di peringkat awal ada permasalahan, ada sedikit salah sangka dan salah komunikasi.

“Bagaimanapun, perkara tersebut telah selesai dan alhamdullilah telah mula dapat diputihkan dan calon (yang bertanding) juga telah menerangkan kepada jentera pilihan raya.

“Kami telah menerangkan kepada pengundi dan nampaknya ada sedikit peningkatan baik daripada segi sokongan dan kami yakin isu yang ditimbulkan di peringkat awal itu dapat kita selesaikan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kariah Taman Paroi Jaya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI