fbpx

Hotel tidak kenakan denda kepada wanita makan durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebanyakan negara di Asia mengharamkan durian daripada dibawa menaiki pengangkutan awam, hotel dan ruang tertutup lain kerana baunya yang kuat. - AFP

SINGAPURA – Seorang pelancong wanita China bernasib baik kerana terlepas daripada dikenakan denda S$500 (RM1,695) daripada sebuah hotel di Singapura selepas dia makan durian di dalam biliknya, lapor portal berita VNEXPRESS semalam.

Wanita itu menulis di media sosial China, Xiaohongshu bahawa dia telah dikenakan denda kerana melakukan perbuatan itu baru-baru ini.

Namun, hotel tersebut kemudian mengetepikan denda itu kerana dia merupakan pesalah pertama kerana memakan budah durian di dalam bilik hotel di Singapura.

Kebanyakan negara di Asia mengharamkan durian daripada dibawa menaiki pengangkutan awam, hotel dan ruang tertutup lain kerana bau buah itu yang kuat.

Dia memakan buah tersebut selepas selesai makan malam ketika mengunjungi Singapura pada akhir bulan lalu.

Wanita itu menemui gerai menjual durian musang king, yang disebut-sebut mempunyai rasa yang terbaik di dunia dan kebanyakannya ditanam di Malaysia dan Singapura, lapor portal berita Asia One.

Dia kemudian membeli dan membawanya ke bilik hotelnya untuk makan.

Keesokan paginya dia menerima surat amaran yang menyatakan bahawa mana-mana tetamu akan menerima denda S$500 jika kakitangan-kakitangan hotel mengesan bau durian di dalam bilik mereka. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI