fbpx

Piala Malaysia: Selangor FC mula aksi ‘langkah kanan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OROZCO (kiri) berjaya meledak satu gol ketika Selangor mencatat kemenangan selesa 4-1 ke atas PDRM kelmarin.

PASUKAN Selangor FC membuktikan bahawa mereka boleh ‘hidup’ tanpa kelibat pemain utama, Faisal Halim selepas merekodkan kemenangan bergaya 4-1 ke atas Polis DiRaja Malaysia (PDRM FC) pada aksi pertama pusingan 16 terbaik Piala Malaysia kelmarin.

Pada perlawanan di Stadium MB Petaling Jaya itu, Cheng Hoe membuat percaturan dengan meletakkan pemain muda, Aliff Izwan Yuslan untuk beraksi di posisi Faisal yang telah digantung perlawanan.

Kata Cheng Hoe, barisan pemain yang diletakkan dalam kesebelasan utama semua beraksi dengan baik, tetapi beliau mengakui bukan mudah untuk mengisi tempat Faisal yang memberikan impak positif sepanjang musim ini.

“Bukan perkara yang mudah buat mana-mana pemain nak sesuaikan diri di posisi jentera serangan kiri pasukan, Faisal juga agak lama tidak akan bermain jadi agak penting untuk semua pemain bersedia untuk diturunkan.

“Kita telah membuat rombakan kesebelasan utama dan bukan sahaja Aliff, Mukhairi Ajmal juga diberi peranan untuk berada di posisi tersebut dan kedua-dua mereka beraksi dengan cukup baik kali ini,” katanya selepas tamat perlawanan.

Pada saingan itu, skuad Merah Kuning yang memburu ‘Misi 34’ dalam kempen kali ini berjaya meraih gol menerusi ledakan Ayron del Valle (dua gol), Harith Haiqal dan Yohandry Orozco.

“Kita tahu pasukan tidak boleh konsisten sepanjang musim dan keputusan 4-1 juga tidak memberi sebarang jaminan untuk ke suku akhir. Saingan masih berbakit 90 minit dan pemain perlu waspada,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI