fbpx

Penduduk DUN Kemahang tagih bekalan air bersih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIK MUSTAPA menunjukkan enjin digunakan untuk mengepam air dari telaga tiub di Kampung Batu 5 1/2, Jalan Bendang Nyior dekat Tanah Merah sejak 10 tahun lalu.

TANAH MERAH – Penduduk di Kampung Batu 5 1/2, Jalan Bendang Nyior di sini mendakwa hidup dalam keadaan tertekan apabila ketiadaan bekalan air bersih sejak lebih 10 tahun lalu.

Tinjauan Kosmo! mendapati, kira-kira 20 buah rumah di kawasan tersebut masih lagi menggunakan sumber air perigi dan telaga tiub yang bukan sahaja keruh malah berkarat.

Selain itu, beberapa kampung sekitar seperti Bukit Kuin, Batu 6, Batu 4 dan Bechah Laut di sini didakwa turut berdepan masalah tekanan air rendah yang menyebabkan penduduk terpaksa mencatu bekalan selain berjaga lewat malam untuk menadah air.

Seorang penduduk, Mohd. Ridzuan Samat , 45, berkata, dia tiada pilihan terpaksa menggunakan air telaga tiub yang keruh dan berkarat berikutan ketia­daan kemudahan bekalan air bersih di kampung itu.

“Kampung saya ini berada di kawasan berbukit, jadi air (dalam telaga) cepat kering. Semasa musim kemarau, saya terpaksa mengeluarkan belanja untuk membeli air mineral atau di mesin air osmosis berbalik untuk kegunaan harian,” katanya.

Mohd. Ridzuan memberitahu, sudah tiba masanya penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemahang mengubah angin dengan menukar wakil rakyat sedia ada sebagai salah satu usaha menyelesaikan masalah itu.

Penduduk lain, Nik Mustapa Mohd. Bukhari, 55, berkata, dia menuntut masalah air menjadi keutamaan kepada calon yang menang kerusi DUN Kemahang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

“Saya berharap ia dapat d­iselesaikan segera memandang­kan lebih 10 tahun kami menanggung azab tiada bekalan air bersih sejak menetap di sini.

“Meskipun kerja-kerja pembinaan paip membekalkan air bersih ke kampung ini sedang dilakukan, namun saya tidak pasti bila akan siap,” ujarnya.

Calon Barisan Nasional (BN) DUN Kemahang, Mazli Mustafa berkata, beliau bertekad menyediakan kemudahan infrastruktur yang lebih baik di DUN Kemahang ini sekiranya diberi mandat oleh rakyat pada PRN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI