fbpx

PRN: Amirudin saman fitnah Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin dan Muhammad Sanusi

SHAH ALAM – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan mengambil tindakan undang-undang menyaman Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, ini susulan ucapan Menteri Besar Kedah tersebut yang jelas menfitnah ketika Jelajah Mega PN BEST ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ di Dataran Darul Aman, Jitra, semalam.

“Ucapan beliau (Muhammad Sanusi) tersebut jelas adalah fitnah dan merupakan percubaan oleh seorang yang amat terdesak dan ingin pengalihan persepsi daripada segala dakwaan skandal unsur nadir bumi (REE) yang terpalit ke atasnya yang masih gagal dijawab secara berfakta sehingga kini.

“Justeru, saya telah berbincang dengan peguam saya dan akan memulakan proses tindakan undang-undang terhadap Muhamad Sanusi dengan segera atas fitnah yang dilontarkan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amirudin yang merupakan calon PH di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua itu turut menafikan sekeras-kerasnya segala bentuk dakwaan dan tuduhan tersebut.

“Malah, perkara ini telah saya perincikan secara panjang lebar di sidang DewanNegeri tahun lalu dan awal tahun ini serta dalam satu sidang Parlimen pada 1 Mac lalu,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Muhammad Sanusi dalam ucapan di Mega PN BEST ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ mendedahkan terdapat skandal berlaku Amirudin dengan Pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan berhubung projek sungai bernilai RM10 bilion dengan mendapatkan tanah seluas 600 ekar (242.8 hektar) di Selangor.

Skandal itu membabitkan syarikat milik Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) bagi projek di Sungai Klang itu akan merugikan kerajaan negeri Selangor sekitar RM180 juta. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI