fbpx

Pura-pura bertanya sebelum cuba ragut rantai warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian warga emas cuba diragut oleh suspek semalam.

GOMBAK – Seorang warga emas berdepan detik cemas apabila rantai leher miliknya nyaris diragut oleh penunggang motosikal berhadapan Pangsapuri Angsana Taman Raintree, Batu Caves, di sini, semalam.

Video insiden berdurasi satu minit itu tular di laman sosial, memaparkan warga emas tersebut cuba diragut oleh suspek lelaki yang menaiki motosikal berwarna biru.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, hasil siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 12.08 tengah hari.

“Mangsa, warga tempatan berusia 71 tahun sedang menaiki motosikal dan tiba di laluan masuk hadapan pondok Pengawal Keselamatan pangsapuri terbabit.

“Mangsa telah ditahan oleh suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC berwarna biru yang telah berpura-pura bertanya kepadanya.

“Semasa berbual suspek telah menarik rantai emas milik pengadu, tetapi tidak berjaya dan suspek terus melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zainal, usaha untuk mengesan suspek masih diteruskan manakala kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nor Adiba Mohamad Nordin di talian 012-8819215,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI