fbpx

PM solat Jumaat bersama rakyat di Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menyantuni jemaah Masjid Al-Falah selepas solat Jumaat hari ini.

KLANG- Kira-kira 3,000 jemaah teruja dapat menunaikan solat Jumaat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Al-Falah, Kampung Idaman, di sini, hari ini.

Sebelum hadir ke masjid itu, Anwar terlebih dahulu meluangkan masa selama 15 minit untuk makan tengah hari di Restoran Jr. Raden di Kampung Bukit Kapar.

Beliau tiba di masjid kira-kira pukul 1.20 petang dan disambut calon Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri.

Selesai bersolat, Anwar bersalaman dengan jemaah yang hadir lebih 10 minit sebelum beredar dari masjid kira-kira pukul 2.15 petang.- KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI