fbpx

1,843 pegawai perubatan rayu kekal penempatan, tukar lokasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan (KKM) menerima sebanyak 1,843 rayuan daripada pegawai perubatan bagi mengekalkan penempatan sedia ada selain bertukar ke penempatan lain susulan pelaksanaan urusan pelantikan tetap sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, susulan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan dianggotai wakil daripada beberapa bahagian termasuk sumber manusia telah bersidang sebanyak dua kali bagi mempertimbangkan rayuan terbabit.

“Setelah diteliti justifikasi dikemukakan selain mengambil kira kesinambungan perkhidmatan secara menyeluruh dan faktor kekosongan jawatan, rayuan mempunyai asas kukuh telah diluluskan serta keputusan rayuan dimaklumkan kepada pegawai.

“Justeru, KKM menghargai semua pegawai perubatan, pergigian dan farmasi yang telah melaporkan diri ke tempat bertugas baharu pada 31 Julai 2023 kerana mendahulukan kepentingan perkhidmatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, melalui penempatan baharu itu, pegawai akan memperoleh lebih pendedahan mengenai sistem kesihatan dan berupaya membangunkan kapasiti diri.

“Pengalaman ini akan menjadikan pegawai lebih matang, empati dan berdaya tahan dalam mengharungi kerjaya sebagai penjawat awam.

“KKM juga sentiasa mengambil kira maklum balas berkaitan urusan penempatan dan pertukaran serta perkara ini akan dikendalikan berdasarkan struktur jawatankuasa yang ditubuhkan,” jelasny.

Menurutnya, pelantikan pegawai perubatan kontrak ke jawatan tetap telah dilaksanakan secara besar-besaran pada tahun 2022.

Ia seterusnya diteruskan pada tahun 2023 dengan penawaran pelantikan tetap berdasarkan 4,263 kekosongan jawatan tetap di fasiliti kesihatan di seluruh negara.

Keutamaan diberikan kepada negeri yang mempunyai kekosongan tinggi seperti Sabah, Sarawak, Johor dan Pahang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI