fbpx

Reda Vellfire kena tarik, gaji RM10,000 pun tak mampu bayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian Ain di TikTok.

PETALING JAYA – Seorang usahawan yang dikenali sebagai Ain Suraya meluahkan rasa menyesal apabila terlalu mengikut kemahuan diri untuk memiliki kereta mewah sehingga tidak mampu melunaskan bayaran bulanan yang tinggi.

Ain menerusi satu perkongsian video di TikTok miliknya kelmarin memaklumkan, meskipun memperoleh pendapatan RM10,000 sebulan, dia masih tidak mampu membayar pinjaman bulanan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire itu sebanyak RM3,000.

“Itulah silap Ain ingatkan gaji RM10,000 dah cukup nak pakai ‘gajah’ (Vellfire) ini. Rupanya sampai masa terbeban nak bayar RM3,000 sebulan,” katanya.

Sehubungan itu, Ain juga menyedari dirinya sebenarnya telah tersilap langkah selain menasihati pengikutnya untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.

“Mula-mula memang rasa mampu sebab tengah dilamun cinta. Percayalah sampai masa kita akan rasa benda ini tak perlu puk sebenarnya kerana cukup ada kenderaan yang selesa dan sampai ke destinasi.

“Belum mampu lagi. Dengar nasihat Ain ini supaya tak terjerat dengan hutang,” pesannya.

Menerusi video yang dimuat naik usahawan itu, memaparkan kereta mewah miliknya dipercayai ditarik oleh sebuah trak tunda di pekarangan rumahnya.

Dalam pada itu, perkongsian Ain ternyata mendapat perhatian ramai apabila videonya berjaya memperoleh 1.1 juta tontonan dan hampir 20,000 tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna lain menceritakan pengalaman peribadi mereka berhubung soal pembelian kereta berdasarkan kemampuan masing-masing.

“Saya pakai kereta Proton sahaja. Sebab saya nak makan sedap-sedap setiap hari,” kongsi Nuzian.

“Saya pakai Perodua Alza, masa itu fikir nak ambil kereta lain tapi RM1,100 bulanan. Jadi saya ambil keputusan untuk ambil Alza sahaja. Memang kena kecam, tapi kami yang bayar tiap-tiap tahun,” kata @hakak cayang. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI