fbpx

PRN: Sekolah siap siaga 100 peratus jadi pusat mengundi – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina ketika berucap pada program itu di Kampung Harmoni, Ijok, Kuala Selangor malam tadi.

KUALA SELANGOR – Semua sekolah yang dijadikan sebagai pusat mengundi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan dalam kesiapsiagaan sepenuhnya meliputi pelbagai aspek termasuk cuaca dan banjir.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, semua taklimat mengenai perkara itu sudah diberikan pihaknya kepada pihak berkaitan.

“Ia merupakan pengalaman biasa dalam pilihan raya seperti sebelum ini dan bukannya kali pertama. Kita setakat ini memang tidak mempunyai sebarang masalah mengenai perkara itu (pusat mengundi).

“Semua sekolah kini bersedia 100 peratus menjelang hari pengundian nanti,” katanya ketika ditemui pada program Ceramah Kelompok PH-BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok di Kampung Harmoni, Ijok di sini, malam tadi.-KOSMO!IONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI