fbpx

Muda tak bincang sertai PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYED Saddiq berkempen bersama calon Muda bagi DUN Temiang, Ahmad Qusyairi di Seremban baru-baru ini.

SEREMBAN – Tiada sebarang perbincangan di peringkat Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) ketika ini berhubung penyertaan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor adalah pada 9 September depan.

Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, ketika ini adalah tempoh masa untuk memberikan penghormatan di atas pemergiaan penyandang kedua-dua kerusi tersebut iaitu Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai lalu.

“Saya rasa ini tempoh masa untuk kita berikan penghormatan kepada arwah yang sangat rapat dengan saya dengan kalangan pemimpin Muda, berikan penghormatan. Berkenaan isu pilihan raya, itu bukan dalam perbincangan kami kerana kami menghormati jasa arwah.

“Tidak sampai sebulan sebab itu saya maklumkan Muda, ini bukan masa fikir PRK, fokus PRN kita perlu hormati jasa arwah,” katanya kepada pemberita selepas berkempen bersama calon Muda bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Temiang, Ahmad Qusyairi Abdull Rahim, 34, di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan pada 9 September ini dengan 26 Ogos sebagai hari penamaan calon.

Sementara itu, Syed Saddiq turut mengulas pertelingkahan mulut yang berlaku di antara Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang disifatkan sebagai politik lapuk dan tua.

“Walhal sepatutnya dalam kita berpolitik kita jangan putuskan silaturahim dalam kita berpolitik kita jaga dengan kata-kata kita, dalam kita berpolitik, bertanding dengan sihat menggunakan idea dengan cara yang terbaik,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN