fbpx

Wanita dikecam tindik telinga bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang bayi menangis kesakitan selepas telinganya ditindik.

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita menindik telinga bayi baru dilahirkan mendapat kecaman orang ramai.

Sebuah video berdurasi satu minit dua saat yang memaparkan kejadian itu turut tular di media sosial.

Melalui video tersebut, dilihat seorang wanita bertindak memasukkan sepasang subang ke telinga seorang bayi tanpa menggunakan alat khas.

Bayi perempuan itu juga menangis kesakitan apabila kedua-dua telinga dicucuk menggunakan subang tersebut.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan indvidu itu yang dianggap melakukan penderaan.

“Mengarut pakaikan subang dekat bayi sekecil itu, terus cucuk macam itu saja kalau buat dekat telinga kamu sakit tak?,” kata Ina.

“Kecil lagi, nanti tertarik atau tersangkut di mana-mana. Tak rugi pun anak tak tindik. Semoga bayi itu baik-baik saja dan tak terkena jangkitan,” kata Yuri.

“Tak sangka ada ibu begini, sanggup tengok anak menangis kesakitan sebab nak letak subang emas punya pasal,” kata Zila.

Sehingga kini, video tersebut sudah mendapat lebih 6,000 perkongsian di laman Facebook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI