fbpx

BN beri laluan Amanah bertanding DUN Simpang Jeram, Parlimen Pulai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) ketika gimik pelancaran TVET Wanita@JELITA di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pimpinan Barisan Nasional (BN) sepakat memberi laluan kepada parti Amanah untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor yang dijadual berlangsung pada 9 September depan.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, seluruh kepimpinan dan ahli menghormati dan memberi laluan kepada Amanah yang disifatkan berhak untuk merebut kerusi tersebut

“Kita amat menghormati kebersamaan Amanah sebagai rakan kongsi politik dalam kerajaan Perpaduan. Kita tahu bahawa kerusi Parlimen itu adalah hak parti Amanah iaitu rakan kongsi politik kita dalam Kerajaan Madani.

“Maka kita harus menghormati mereka sebagai calon boleh menang. Yang keduanya, kerusi DUN itu juga kepunyaan parti Amanah.

“Maka atas semangat kerajaan Madani itu kita akan mendukung kedua-dua calon untuk berusi itu untuk ditandingi oleg parti Amanah,” katanya kepada pemberita merasmikan Majlis Perlancaran TVET Wanita@JELITA di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pengundian PRK bagi kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, Johor adalah pada 9 September.

Menurut Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh, penamaan calon dan pengundian awal bagi kedua-dua kerusi berkenaan ialah masing-masing pada 26 Ogos dan 5 September.

PRK itu diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P161 Pulai dan Dun N13 Simpang Jeram selepas kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI