fbpx

Bercuti jaga ibu terlantar akibat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURAINI bersama ibunya, Azizah yang terlantar atas katil setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika ditemui di rumahnya di Taman Semarak, Api-Api, Pontian semalam.

PONTIAN – Disebabkan kecuaian orang lain, seorang wanita warga emas berkemungkinan cacat kekal apabila mengalami pendarahan otak dan bengkak paru-paru selepas terlibat kemalangan jalan raya pada Jun lalu.

Azizah Othman, 62, yang meng­alami kecederaan di kepala dimasukkan ke Unit Rawatan rapi (ICU), Hospital Sultanah Ami­nah (HSA) Johor Bahru selama 21 hari.

Anaknya, Nuraini Johari, 34, berkata, ibunya dibenarkan keluar hospital pada 1 Ogos lalu dan kini tidak boleh bercakap.

“Dia (ibu) terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan dan kini terlantar di atas katil khas yang disumbangkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) selain sumbangan mesin untuk menyedut kahak.

“Sebelum ini, dia sihat dan cergas, tetapi kini kami hanya menggunakan isyarat untuk berkomunikasi. Lehernya juga terpaksa ditebuk bagi melancarkan pernafasan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Semarak, Api-Api di sini.

Menurut Nuraini, disebabkan terbaring selama 38 hari, punggung ibunya mengalami luka. Wanita itu juga meminum susu khas berharga RM90 satu tin yang bertahan selama empat hari. Susu itu dimasukkan menggunakan tiub yang dipasang melalui hidung setiap enam jam.

Disebabkan keadaan itu, Azizah memakai lampin pakai buang yang menelan belanja besar. Susu khas yang berharga RM90 setin pula hanya mampu bertahan selama empat hari.

Bagi menguruskan ibunya, Nuraini yang bertugas sebagai jururawat di Klang, Selangor terpaksa mengambil cuti separuh gaji sejak 3 Julai lalu.

“Saya ada memohon untuk bertukar ke Pontian bagi menjaga ibu, namun setakat ini permohonan tersebut masih belum diluluskan,” jelasnya.

Orang ramai yang bersimpati dengan nasib mereka boleh menya­lurkan sumbangan melalui akaun CIMB Nuraini bernombor 7623149004.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI