fbpx

Irmohizam dilantik Pro Canselor 1 Universiti Geomatika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Irmohizam (dua, kiri) ketika menerima watikah pelantikan.

PETALING JAYA – Datuk Seri Irmohizam Ibrahim kini dilantik sebagai Pro Canselor 1 Universiti Geomatika Malaysia (UGM) berkuat kuasa 7 Ogos depan.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) akan memegang jawatan itu selama dua tahun sehinggga 6 Ogos 2025.

Jelas Irmohizam, beliau menerima peranan tersebut dengan penuh tanggungjawab dan komitmen untuk menyumbang kepada pertumbuhan serta kesejahteraan institusi yang dihormati itu.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof Datuk Dr. Mohaizi (Presiden Kumpulan Geomatika) kerana memberi kepercayaan kepada saya.

“Visi dan dedikasi beliau telah memainkan peranan penting dalam membentuk Kumpulan Geomatik dan meletakkan asas yang kukuh untuk universiti ini terus berkembang maju,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Irmohizam memaklumkan bahawa beliau merupakan Pro Canselor 1 termuda yang pernah dilantik oleh UGM.

Untuk makluman, Geomatika Universiy College (GUC) ditubuhkan sejak 2002 dan bermula sebagai Pusat Vokasional yang khususnya dalam bidang pengajian ukur tanah.

Geomatika telah mendapat status universiti penuh daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan dinamakan semula sebagai Universiti Geomatika Malaysia (UGM) pada tahun 2014.

Disebabkan permintaan yang menggalakkan, UGM menubuhkan Jabatan Geospatial dan Kemajuan Tanah serta melancarkan Program Kursus Pendek Pusat GIS (CeGIS) dalam Teknologi Geospatial serta Sijil dalam Pembantu Ukur Tanah.

UGM kini menawarkan lebih 40 program dari peringkat Diploma sehingga Ijazah Kedoktoran dalam pelbagai bidang antaranya pembantu perubatan, farmasi, senibina, reka fesyen, kecantikan, sains computer, kreatif multimedia, kewartawanan, rekaan dalaman, pengurusan hartanah, perniagaan dan banyak lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI