fbpx

Tze Yong hantar pulang pemain No.5 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TZE YONG melangkah ke suku akhir selepas menewaskan Christie pada pusingan kedua Terbuka Australia di Sydney sebentar tadi.

PETALING JAYA – Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong membuktikan ranking tidak memainkan sebarang peranan menerusi kejayaannya menumbangkan lawan dari Indonesia, Jonatan Christie.

Tze Yong yang ketika ini menghuni ranking ke-21 dunia, merakam kemenangan straight-set 22-20, 21-15 ke atas pemain No.5 dunia itu pada pusingan kedua Terbuka Australia di State Sports Centre, Sydney sebentar tadi.

Ia adalah kemenangan pertama buat pemain berusia 23 tahun dari Johor Bahru itu dalam tiga pertemuannya menentang Christie selepas tewas di Terbuka Switzerland 2022 dan Piala Thomas 2020.

Kejayaan itu menyaksikan Tze Yong melangkah ke suku akhir buat kali kelima tahun ini selepas melakukannya pada Terbuka All England, Terbuka Switzerland, Terbuka Thailand dan Terbuka Korea.

Nasib berbeza dialami empat lagi wakil negara yang sudah turun beraksi hari ini apabila terkandas di pusingan kedua bermula dengan kekalahan beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.

Mereka tewas 21-18, 17-21, 19-21 kepada juara Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin.

Tiga beregu campuran negara iaitu Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, Goh Soon Huat-Shevon Jamie Lai dan Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing juga mengalami nasib sama gagal melangkah ke suku akhir Terbuka Australia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI