fbpx

Tambah baik undang-undang tangani isu gangguan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy ketika bercakap di Majlis Jerayawara KASIH KPWKM @Advokasi Antigangguan Seksual di MAEPS Serdang di sini, hari ini. Foto FAIZ ALIF ZUBIR

SERDANG – Isu gangguan seksual serta perbuatan menghendap bukan sesuatu yang mudah untuk ditangani dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, undang-undang berkaitan gangguan seksual sedia ada perlu ditambah baik supaya ia sejajar dengan perkembangan semasa.

“Isu gangguan seksual dan jenayah intip dan hendap atau lebih dikenali sebagai ‘stalking’ bukanlah sesuatu yang baharu.

“Kini, gangguan sebegini bukan sahaja berlaku secara fizikal, tetapi juga online’,” katanya ketika ditemui pada Program Jerayawara Kasih KPWKM @ Advokasi Antigangguan Seksual di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) Mardi, Serdang di sini hari ini.

Menurut Nancy, pemandiri gangguan seksual juga berdepan dengan trauma berpanjangan sehingga boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal.

“Selalunya, pelaku gangguan seksual mungkin merasakan perbuatannya hanya satu gurauan atau usikan. Bagaimanapun, jika ia menimbulkan rasa tidak selesa kepada mangsa di sinilah bermula isu gangguan seksual,” ujarnya.

Menurut statistik yang dilaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes gangguan seksual meningkat daripada 378 pada 2020 kepada 506 kes pada 2021.

“Menurut laporan sama, kes gangguan seksual ini melibatkan lelaki dan wanita. Bagaimanapun, data menunjukkan majoriti kes yang dilaporkan adalah wanita,” katanya.

Beliau berkata, KPWKM menggubal Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) khusus untuk menangani kesalahan gangguan seksual.

“Dengan wujudnya akta ini, diharap ia sedikit sebanyak dapat membantu pemandiri (mangsa) untuk tampil melaporkan kejadian supaya tindakan dapat diambil dengan sewajarnya.

“Penguatkuasaan akta ini juga dilaksanakan secara berperingkat mulai 28 Mac lalu melibatkan takrifan gangguan seksual dan elemen kesedaran, pendidikan serta pemahaman mengenai gangguan seksual kepada masyarakat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI