fbpx

6 negeri diramal hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang melanda enam buah negeri, petang ini.

MetMalaysia menerusi laporan cuaca di laman sesawangnya memaklumkan, antara negeri terlibat di Kedah, Sabah dan Johor.

“Di Kedah, kawasan terlibat adalah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap dan Pendang manakala di Sabah merangkumi Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).

“Sementara itu di Johor, hujan lebat dijangka turut berlaku di Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Wilayah Persekutuan Labuan dan Melaka melibatkan seluruh kawasan selain tiga daerah di Negeri Sembilan iaitu Port Dickson, Rembau dan Tampin hingga 3 petang ini,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI