fbpx

Abdul Taib semakin pulih – Astana Negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Taib.

KUCHING – Keadaan kesihatan Yang diPertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semakin pulih menurut kenyataan dikeluarkan Astana Negeri Sarawak.

Setiausaha Sulitnya, Junih Salleh Ahmad berkata, beliau kini sedang menjalani pemulihan di luar negara dan akan pulang ke negeri ini tidak lama lagi.

“Kami mendapati orang ramai terus menerus mencerca keadaan kesihatan Yang Dipertua Negeri walaupun ada jaminan daripada pejabat Astana dan Premier Sarawak bahawa beliau sedang menjalani pemulihan di luar negara.

“Bagi pihak Astana, sekali lagi kami ingin memberi jaminan kepada rakyat Sarawak bahawa keadaan Tun semakin pulih dan insya-Allah dengan nasihat doktor beliau akan pulang ke rumah tidak lama lagi,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan sebentar tadi, bagi menolak satu lagi berita palsu mengenai Abdul Taib yang tersebar di dalam media sosial.

Justeru, Junih berharap orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan berita yang tidak disahkan dan spekulasi mengenai kesihatan Abdul Taib sekarang.

Sementara itu, Abang Johari ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sarawak memberitahu, Abdul Taib akan balik ke Sarawak tidak lama lagi dan keadaan beliau semakin pulih

“Beliau sedang bercuti di luar negara sebelum jatuh sakit. Keadaannya sudah pulih dan masih berehat,” katanya.

Pada Jun lalu, satu khabar angin tersebar mengenai keadaan kesihatan Abdul Taib. Satu laporan polis dibuat Astana Negeri untuk siasatan dan tindakan lanjut ke atas pihak yang menyebarkan khabar angin tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI