fbpx

Saya belum terima notis Fahmi – Ustaz Dusuki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Dusuki.

SHAH ALAM – Pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani menegaskan belum menerima sebarang notis tuntutan daripada Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berhubung dakwaan fitnah menyampaikan ceramah politik di sebuah masjid di Rawang, baru-baru ini.

Kata Ahmad Dusuki turut memaklumkan beliau bersedia terhadap sebarang tuntutan yang akan diberikan nanti.

“Apa pun sewaktu tulisan ini di tulis, saya belum menerima surat tuntutan itu, benang basah baru nak di tegakkan, saya bersedia menghadapi semua ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa Fahmi yang sepatutnya membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan rakyat negeri ini kerana telah melanggar titah Sultan Selangor.

Ujarnya, ini selaras dengan titah Sultan Selangor yang melarang mana-mana pemimpin politik menggunakan masjid atau berucap di dalam masjid atas alasan apa sahaja terutama apabila tiada tauliah untuk berucap di dalam masjid di mana-mana dalam negeri ini atas kapasiti apa pun.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan itu memberikan tempoh 24 jam kepada dua individu bagi permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan tersebut atau berdepan tindakan saman.

Notis tuntutan juga telah dihantar peguam Fahmi kepada penceramah bebas Ahmad Dusuki Abdul Rani dan pentadbir Laman Facebook ‘N13 Kuang’ berhubung isu tersebut.

Kenyataan Fahmi di Jelajah Perpaduan sempena PRN Selangor di Sungai Kandis, malam tadi adalah susulan selepas polis Selangor mengesahkan tiada unsur kempen politik berhubung ucapan beliau dalam ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang, di sini, Ahad lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI