fbpx

Dua lelaki maut kereta bertembung treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta mangsa yang remuk akibat bertembung dengan treler di Jalan Sibu-Bintulu, petang semalam.

MUKAH – Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan treler 40 tan yang membawa muatan tong gas memasak di Jalan Sibu-Bintulu, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias, berkata dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira pukul 3 petang itu, kedua-dua mangsa berusia 25 dan 35 tahun yang tersepit di dalam Perodua Bezza yang remuk itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan kaki.

“Kejadian berlaku ketika mangsa bergerak dari arah Selangau menuju ke Tatau. Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta mangsa tiba-tiba memasuki laluan treler terbabit yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat pertembungan itu, pemandu dan penumpang kereta berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik dari Klinik Kesihatan Sungai Arip,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI