fbpx

Pas paling banyak cerai politik, khianat rakan – Mohd. Puad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Puad.

PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi menyifatkan Pas sebagai parti yang paling banyak bercerai politik serta kerap melakukan khianat kepada rakan dalam gabungan.

Sebagai contoh Mohd. Puad berkata, Pas pernah meningggalkan parti Semangat 46 suatu ketika dulu termasuk juga Pakatan Harapan (PH) dan DAP.

“Kalau kahwin politik dengan Pas, mesti berakhir dengan perceraian. Pas paling banyak melakukan perceraian politik.

“Tuan Ibrahim (Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man) tuduh UMNO akan khianati kawannya apabila parti itu semakin berkuasa. Pas buka pekung sendiri, Pas tinggalkan Semangat 46, PH dan DAP,” katanya di laman Facebook, hari ini.

Malah kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu lagi, Pas juga turut main dua lawang.

“Mereka tanda tangan piagam Muafakat Nasional dengan UMNO. Dalam masa sama, mereka menyertai PN (Perikatan Nasional). Maka siapa khianat siapa?

“Tuan Ibrahim bagi contoh Perak, dia kata UMNO jatuhkan Peja (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) untuk jawatan MB (Menteri Besar). Tidakkah Pas terlibat?

“Kenapa tidak sentuh Kedah. Mukriz (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) jatuh dan Pas dapat jawatan Menteri Besar,” dedahnya.

Tambah Mohd. Puad, Tuan Ibrahim juga pernah mengecam UMNO kerana menarik sokongan dari Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pas suka Muhyiddin bunuh UMNO dan Pas akan jadi parti Melayu tunggal. Ada udang di sebalik batu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI