fbpx

Usahawan FAMA Pulau Pinang raih RM2 juta di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norhisham (kiri) bersama penasihat produk jenama Sri Pinang, Datuk Dr. Muhammad Farid Saad di Malaysia Fest Singapura, baru-baru ini.

SEBERANG PERAI – Seramai 17 Usahawan bimbingan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pulau Pinang berjaya merekodkan hasil jualan sebanyak RM2 juta dalam tempoh empat hari di Malaysia Fest 2023, Singapura, Ahad lalu.

Pengerusinya, Aminuddin Zulkipli berkata, selain FAMA, Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) turut terlibat dalam menjayakan program jualan pada tahun ini itu yang berlangsung di Singapore Expo Convention & Exhibition Centre, Changi.

“Pavilion Negeri Pulau Pinang kali ini membawa sebanyak 72 SKU (unit simpanan stok) untuk produk-produk di bawah jenama Sri Pinang (ke Singapura) yang mencatatkan nilai jualan tunai berjumlah kira-kira RM820,000.

“(Jualan) selebihnya (pula dibuat) melalui tempahan awal yang diterima oleh usahawan melalui ejen-ejen mereka di Singapura,” katanya, di sini semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI