fbpx

PRN: Black Hanifah bantu kempen calon BN Sungai Air Tawar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Black.

SABAK BERNAM – Penyanyi popular, Black Hanifah turun padang membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar, semalam.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad Hanafiah, 35, berkata, niatnya menyantuni penduduk setempat bukan atas dasar politik namun nilai persahabatan dengan penyandang kerusi itu, Datuk Rizam Ismail.

Jelasnya, dia hanya mahu membantu sebaik mungkin termasuk menemui peminatnya di DUN berkenaan terutama generasi muda.

“Atas populariti yang ada, saya berasa mempunyai hak untuk membantu sahabat (Rizam) yang sedang berkempen ketika ini.

“Biarpun sumbangan saya tidak banyak, ia diharap memberi impak kepada anak muda membuat pilihan secara terbuka dan melunaskan tanggungjawab mengundi nanti,” katanya ketika ditemui di Kampung Dato’ Hormat, Sungai Air Tawar, di sini, petang semalam.

Terdahulu, beliau menyertai perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukannya menentang pasukan Gerakan Belia 4B DUN tersebut.

Menurut Black, dia setakat ini belum bercadang menyertai arena politik seperti rakan selebriti lain namun lebih kepada menyokong kempen BN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI