fbpx

Anwar ulangi pendirian, mahu noktahkan kemiskinan tegar tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menyampaikan ucapan pada program Ceramah Jelajah Perpaduan Perdana Menteri @DUN Lenggeng di Taman Ampangan, Seremban malam tadi. - Foto oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

SEREMBAN – Perdana Menteri dalam ucapannya pada program Ceramah Jelajah Perpaduan Perdana Menteri@DUN Lenggeng di Taman Ampangan, di sini malam ini sekali lagi memberikan komitmen kerajaan untuk menoktahkan isu kemiskinan tegar tahun ini.

Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim lagi, bagi tujuan tersebut, ia bukan hanya perlu melibatkan kementerian dan agensi kerajaan, malah perlu disokong oleh semua parti-parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan.

“Saya kata tahun ini kita mahu pecah rekod, bukan bangunan tertinggi di dunia, bukan jambatan megah, bukan kubu indah, tidak, saya akan noktahkan kemiskinan di Malaysia. Berapa jumlahnya? 136,000 orang dan majoritinya Melayu, ada kelompok India. Kita mesti tolong semua.

“Ahli Parlimen Pas kata tidak mungkin, mana boleh kita buat, saya telah panggil semua Jemaah Menteri, seluruh jabatan kerajaan, saya panggil semua DO (pegawai daerah), kalau ada seorang (miskin tegar) di daerah kamu Jempol ke Jelebu mesti catat nama dia dan selesaikan.

“Kalau ada senarai dari Wanita UMNO submit (hantar) dan daripada Keadilan beri terus dan saya beri ingatan, buat apa jadi Perdana Menteri ada kereta, pesawat kerajaan punya, Rumah Sri Perdana macam Istana, tetapi orang miskin tidak ambil tahu,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut mahu memastikan Negeri Sembilan menang dengan cemerlang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 kali ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI