fbpx

Anwar tegaskan lagi, jangan jadikan kalimah Allah isu politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar sewaktu berucap pada Ceramah Perpaduan PMX@Paroi di Taman Tuanku Jaafar, Seremban, malam ini. - Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan supaya tiada mana-mana pihak menjadikan isu kalimah Allah sebagai bahan politik.

Perdana Menteri menjelaskan, ini kerana keputusan telah diambil supaya isu tersebut dibawa kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada bulan ini untuk diperkemaskan sebelum diangkat kepada Majlis Raja-Raja (MRR) pada Oktober ini.

Anwar menambah, ingatan tersebut turut dizahirkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi MKI kepada beliau baru-baru ini mengenai perkara tersebut.

“Kita akan cuba perkemaskan isu kalimah Allah ini untuk kita bawa ke Majlis Raja-Raja, dan keputusannya jangan jadikan ini sebagai isu politik, ini arahan baginda, jangan jadikan isu kalimah Allah sebagai isu politk, kerana raja-raja akan memperkemaskan atas cadangan kerajaan Persekutuan.

“Apa Tan Sri Muhyiddin (Yassin) kata? masih guna isu kalimah Allah, mereka ini soal lawan raja terus terang,” katanya sewaktu berucap pada Ceramah Perpaduan PMX@Paroi di Taman Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Media sebelum ini melaporkan, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu ceramah di Kapar, Klang pada Ahad lalu mendakwa tindak tanduk kerajaan menangani isu kalimah Allah ketika ini menjelaskan ia diterajui oleh bukan Islam.

Susulan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan Muhyiddin sebagai tidak menghormati nasihat Majlis Raja-Raja dan tidak menghiraukan larangan pihak berkuasa supaya semua ahli politik tidak menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI