fbpx

Suspek kes tembak di Sibu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian di sebuah kebun di Lot 112, Batu 9, Jalan Tunku Abdul Rahman, Sibu.

SIBU – Polis berjaya menahan dua lelaki yang disyaki suspek kes tembakan di sebuah kebun di Batu 9, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, kedua-dua lelaki berusia 36 dan 45 tahun itu ditahan di sini hari ini.

“Kedua-dua suspek akan ditahan direman selama lima hari bermula esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 320 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, seorang lelaki berusia 46 tahun meninggal dunia akibat ditembak.

Kejadian berlaku ketika mangsa bersama dua rakannya masing-masing berusia 46 dan 36 tahun hendak beredar meninggalkan kebun itu selepas makan malam di situ.

Salah seorang rakan mangsa mengalami kecederaan di muka akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi tidak mengalami kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI