fbpx

Wanita didenda RM6,500 beri maklumat palsu “anak kandung”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Kuala Pilah

KUALA PILAH – Seorang wanita didenda RM6,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan memberi maklumat palsu berkaitan kanak-kanak lelaki yang didakwa sebagai anak kandungnya.

Tertuduh, Ye Bee Chan, 41, yang bekerja sebagai kerani membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Majistret turut menetapkan hukuman sembilan bulan penjara sekiranya tertuduh gagal menjelaskan bayaran denda tersebut.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan iaitu mendaftarkan kanak-kanak sebagai anak kandung yang sah dan memohon kad pengenalan kali pertama kanak-kanak itu dengan menggunakan sijil kelahiran yang mengandungi maklumat palsu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Jempol.

Tertuduh ditahan dalam operasi terancang semalam kerana memberi maklumat yang palsu dalam butir material pada permohonan kad pengenalan 12 tahun.

Susulan itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(b) Peraturan – Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan) 2007. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI